Assalamualaikum, hari ini hari ketiga kita semua menjalani ibadah berpuasa. Mcm biasalah bila berpuasa ni bila waktu untuk menyediakan juadah berbuka kita semua akan dok terpikir juadah apalah yang kita nak buat utk santapan ahli keluarga kita kan... bagi sya kami berbuka 3 beranak jer.. mak dan abah berbuka di masjid bersama dengan kawan-kawan mereka. Memang dah menjadi kebiasaannya kami bertiga akan berbuka di rumah. Mcamana persiapan raya korang sume? bg sya ngan adik kami berdua dah settle... tudung, anak tudung, baju kurung dan jubah semua dah beli sebelum puasa. Tinggal persiapan untuk mak ngan muhymeen sahaja yang belum settle lagi.. Insyaallah weekend ni kami akan menyerbu Parkson... hahahaha.... yang penting jangan berbelanja melebihi dari kemampuan korang.. bajet betul2.. tak salah untuk memilih pakaian berjenama tetapi pilihlah yang ada potongan 20-70%.. berbaloi harganya.... Jangan tunggu masa di akhir2 Ramadhan untuk membeli belah, susah benor nak cari saiz yang sesuai..
Juadah berbuka puasa kebiasaannya akan terlebih byk dari biasa.. oleh itu berbukalah secara ala kadar... jangan membazir tau.. sya tau itu duit korang, gaji korang tp pikir2lah bila dah membeli mknan tu ingat2lah... berwaspada... berpuasa ini byk hikmahnya... bukan setakat menahan nafsu lapar dan dahaga tp nafsu sahaja...bukan sahaja nafsu batin (bg yg dah kawin) tetapi nafsu makan juga... berlebih-lebihan ini memang disukai oleh syaitan.. walaupun syaitan tu dah diikat tetapi syaitan dalam diri kita yg dah terbiasa mengikut nafsu haruslah dikawal yer... Selamat berpuasa, beribadah dan bersahur nanti yer....
With Love
_Rynna.Sya_