Monday, July 1, 2013

Love your life............ Spread your love now!

Haiiii... Jumpa lagi hari ini di hari baru, minggu baru dan bulan baru..... Bulan yang cukup baik utk kita semua yang akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak... Cepat jer rasa masa berlalu kan? Rasa macam baru jer sambut puasa tahun lepas... Alhamdulillah kita di beri kesempatan lagi tahun ini untuk melakukan ibadah ini... InsyaAllah.

Hari ini sya nak berkongsi cerita lah... nak kata seronok pun tidaklah.. yelah, atas kesusahan org takkan la kita nak bertepuk tgn.. tapi inilah dinamakan KARMA... apa yang kita buat pada org lain (aniaya), Allah akan balas jua di dunia ini... Mungkin inilah atas doa2 orang2 yang pernah dianiaya oleh hamba Allah ini.. Pada sya, didunia ini Allah dah rumitkan perjalanan hidup dia jadi di akhirat nantilah lagi la teruk melainkan jika dia bertaubat nasuhah dan memohon kemaafan pada setiap org-org yg pernah dia aniaya. 

Sya rasa bersyukur sangat2 tidak ditemukan jodoh dengan dia dahulu.. Rasa lega dalam diri sya hanya Allah je yang tahu.. betapa sya bersyukur sangat2.... ALHAMDULILLAH.... skg ni sya rasa bahagia sangat2 dengan dunia sya... Sya boleh pergi kemana-mana, jalankan aktiviti fotografi sya dengan baik, sya dapat bergaul dengan kawan-kawan tidak mengira bangsa, libatkan diri dalam politik - menolong mana yang mampu, dapat belajar buat kek, biskut, gubah bunga and aktiviti terbaru sya melancong ke luar negara... Syukur sangat-sangat... Rasa tidak menyesal lah dulu bila putuskan hubungan dengan dia.. Rupanya perancangan Allah SWT lagi baik dari perancangan kita sendiri... 

Apa yang sya cerita diatas itu adalah sedikit sebanyak rahmat yg kita dapat bila kita redho sesuatu hal berlaku... Jangan mudah putus asa dan harapan.. Lakukan aktiviti-aktiviti yang diluar kebiasaaan kita agar dapat memberi kita motivasi dan inspirasi.. Berkawanlah dengan kawan-kawan yg sudah lama mengenali kita serta layanlah keluarga kita dengan baik.. Tak rugi beb!!!

Sya mengharapkan jika ada kengkawan yang berada didalam situasi yang buntu, rumit dan sebagainya jangan mudah putus asa k...

With love~ rynna.sya

No comments:

Post a Comment