![]() |
Hari ini sya nak cerita sedikit pengalaman sya bergiat dalam bidang jurufoto perkahwinan... sebenarnya sya tidak mengikuti mana-mana bengkel atau kelas sebelum sya bergiat aktif dalam bidang ini.. Pada mulanya sekadar untuk menghabiskan masa ikut adik sya sahaja.. Sya kasihan pada adik yang tidak ada runner/2nd photog ketika itu.. Oleh itu sya pun setujulah nak ikut dia.. Majlis Pernikahan yang pertama sya hadiri dan bekerja ialah pasangan diatas ini.. Nama pasangan ini ialah Mizi dan Ina, Mac 2010... Kebetulan pada ketika itu majlis beliau hanya 2 hari jer lagi dan beliau betul-betul terlupa nak cari jurugambar.. dan kebetulan dia merupakan kawan sekolah pada kawan adik di office jadi kawan adik yang beritahu adik ada buat kerja ini...
Selepas waktu kerja hari Khamis, sya dan adik berjumpa dengan client pertama sya di rumahnya di Bukit Rangin.... pada permulaannya ingatkan cuma majlis kecil-kecilan, tetapi wahhhhh.... memang majlis kahwin betul laaa... hahahahaha... sya dah gabra dah tika itu.. dalam hati tergetus "eh, biar betul ni???" tapi sebab dah janji dengan adik dan client, ku langkahkan jua la..... Hari yang dinantikan sudah tiba, malam tu sya tak boleh nak tidur.. nak kata excited sangat tak juga... So hari Jumaat tu sya ambil cuti... kami pergi beli lens dan kamera baru...hahahaha..... adik ambil canon 600d ms tu dgn lens sebijik.... dengan semangatnya kami pun test la kamera baru ngan lens.. kami sampai awal kat masjid... hehehehe.. nak test lighting, mode dsbgnya.... Percaya tak korang yang sya baru jer pertama kali guna kamera DLSR?? iyaaa....seriousss.... sya pertama kali guna DLSR... sebelum ini guna Canon Ixus jer kehulu ke hilir...
Masa nak shoot utk pertama kali tu muka dah cuak dah nie... mcm2 rasa.. nak terkucil la, nak ter..ter...itu la...hahahaha... tunggu punya tunggu, tup..tup dah kul 5ptg... pengantin belah lelaki pun dah sampai... lagi kecut perut sya nie... x sampai lam 30 minit akhirnya pengantin perempuan pun sampai... bermulalah kerja sya utk pertama kalinya.... Alhamdulillah semua gambar jadi dan sharp... alhamdulillah tak ada yang blur... kira2 pukul 7ptg majlis selesai....
Esoknya, sabtu... masa utk menyiapkan diri dan mental... persiapan akhir untuk menjalankan tugas dan amanah client... Kami sampai di rumah Ina pukul 9.30 pagi.. erm.. awal kan? Mak andam pun x sampai lg dek nonnn.... heheheh... masa ni kami cuba2 ambil tempat, test2 shoot, dan ambil gambar hantaran... Di hari persandingan ina dan mizi ni sya lebih berkeyakinan dari semalamnya.. Sya lebih banyak berinteraksi dengan tetamu, adik beradik dan saudara-mara Ina.. Sya cuba ambil shot2 yang menarik untuk tatapan mereka.. tapi hasil yang sya dapat tidaklah se-gah dan sehebat mereka2 yang dah mahir.. tapi inilah karya sya sendiri.. sya tidak suka nak meniru org lain.. kalau asyik meniru, dah tak ada kreativiti... Alhamdulillah, sekali lagi... kami berjaya juga merakamkan detik-detik indah mereka bagi permulaan kami...
Kenapa sya cerita pengalaman sya ni? Sebabnya bukan mudah dan senang untuk kami melakukannya... Kami tidak pernah ikut mana-mana jurugambar profesional.... tidak membanggakan diri cuma terasa diri ini amat rendah sekali bila melihat hasil jurufoto2 lama lebih hebat.. tapi kami yakin dengan ilmu yang kami belajar dari sehari ke sehari dan pengalaman kami serba sedikit dapat dipraktikkan..
Kepada semua newbie termasuk sya, JANGANLAH MUDAH MENGALAH... TIADA YANG BARU MAKA TIADALAH YANG LAMA....
Belajarlah perbaiki kesilapan diri... tingkatkan pendirian di hati... serta jujurlah pada pelanggan anda.. Di akhir bebelan sya hari nie.... Enjoy your day... bila lagi nak rasa jadi Official Photographer? Masa ni la kan.. so BUKTIKAN dan BUAT yang TERBAIK......

No comments:
Post a Comment