Tuesday, November 6, 2012

Maafkan sya...

Setiap yang berlaku dalam hidupku selama 35 tahun ini penuh dengan liku-liku yang tidak ditafsirkan dengan kata-kata. Aku hanya mampu melihat dunia ini berputar dan terus berputar. Sentiasa percaya pada Qada' dan Qadar dan percaya pasti ada hikmah di atas apa yang telah berlaku dan aku tidak akan sesekali menyesal dengan apa yang aku telah lakukan. Sebagai hamba Allah yang selalu melakukan kesilapan, aku sentiasa bermohon dikuatkan hati aku untuk meneruskan sisa-sisa hidup aku. 

Ada masa aku selalu tertanya-tanya, "kenapa eh nasib aku tidak seperti orang lain?" yang dapat memiliki apa yang mereka mahukan. Aku pula terpaksa berkorban dan berkorban demi orang yang aku sayang. Bila aku fikir sedalam-dalamnya apakah hikmah yang berlaku barulah aku faham bahawa dia bukan yang terbaik untukku. Aku faham bahawa antara aku dengan dia hanya untuk sesuatu perkara yang lain dan tidak keranaNYA. Sebab itu aku tidak dapat memiliki dia sehingga kini. Dan aku redha melepaskan dia pergi dalam hidup ku. Walau pedih dan setiap kali aku teringatkannya airmata ku pasti mengalir yang sudah tidak tahu berapa ribu kalikah aku menangis menanggung rindu ku padanya. Hingga kini aku masih tidak menggantikan dengan sesiapa. Salah aku yang tidak nampak dia sebelum ini dan aku tidak mampu untuk mengatakan apa-apa kepada dia. Aku pun tak tahu apa yang istimewanya dia dalam hidupku tapi percayalah setiap kali aku menyebut namamu didalam hatiku pasti hatiku akan terluka lagi. Sungguh dalam cintaku padamu sehingga tidak mampu untuk aku tunjukkan padamu. 

KS, sya harap awak sentiasa berbahagia dengan keluarga awak. Didiklah isteri dan anak-anakmu menjadi insan yang soleh dan solehah. Sya doakan semoga awak sentiasa sihat dan gembira selalu disamping isteri tercinta. Maafkan sya sebab tidak menghargai awak dulu, percayalah ada sebab kenapa sya mendiamkan diri. Tidak eloklah bagi sya untuk menagih cinta pada orang yang sudah berpunya.

KS, jagalah dirimu baik-baik. Cinta dan sayang hanya untuk awak. Jika saya bertemu seorang lelaki yang baik, yang dapat terima saya kerana ALLAH SWT doakan sya pula yer. Selama sya kenal awak, sya kagum dengan sikap, pendirian dan ego awak selama ini. Sya tau awak seorang yang kuat berpegang kepada apa yang awak katakan. Percayalah, sya tidak pernah meminta untuk menyintai awak. Tiada niat langsung. Cuma masa dan tika itu terlalu terhad bagi sya. Maafkan sya. 

Hasil nukilan: Sharina Ahmad

No comments:

Post a Comment